Popular Posts

Monday, 2 April 2012

TUGASAN KERJA 03 APRIL 2012


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Salam sejahtera dan salam persahabatan kerana Allah s.w.t. Alhamdulillah dengan rahmat dan keberkatanNya, kita masih dapat menghirup udara segar bumiNya ini. 

"Ya Allah, engkaulah yang memimpin kami, maka ampunlah kami dan berilah kepada kami rahmat dan Engkaulah pemberi ampun yang sebaik-baiknya. Dan tetapkanlah (catatlah) untuk kami kebaikan di dunia dan di akhirat, sesungguhnya kami kembali bertaubat kepada-Mu."

Hari ini tugasan yang di arahkan oleh CSO, ialah pergi ke CEMACS untuk membuat penyerahan dan penerimaan tugas antara aku dengan PKN 162 Abd. Manap dengan disaksikan oleh PKN 118 Saad. Aku sampai di pekan Teluk Bahang 0800H, dan dalam perjalanan En. Saad telepon aku dan memberitahu dia tunggu di sebuah kedai mamak. 

Setibanya aku di kedai mamak tu, aku lihat En. Saad sedang berada di meja makan dengan segelas kopi tarik. Kami pun minum dan makan roti canai telur dan En. Saad memesan dua biji roti telur bungkus dan teh tarik dan kopi tarik katanya nak belanja 2 staf keselamatan kat CEMACS yg bertugas hari ini.

Tepat 0815H kami berdua bergegas ke jeti nelayan, dan selepas parking motor....dalam perjalanan dari jauh sudah kelihatan bot USM yg harga RM 600K tu sedang menunggu. Kami pun apalagi lajukan langkahan kami la....sampai je terus kami berdua menaiki bot...petugas bot hari ini Bro Manan, Anuar, Mail dan Faizol. Kelihatan juga PK 74 Mohd Yatim dan PKN 162 Manap dan ramai lagi staf CEMACS.


Suasana laut dan cuaca pagi di persekitaran CEMACS

Sampai di Pos Pengawal, aku mendapatkan EN. Manap dan menerangkan berkenaan kedatangan kami. So, selepas menerangkan segalanya dan En. Manap juga telah di panggil oleh Pengarah CEMACS kelmarin, dan dia pun telah diberikan penerangan serba sedikit tentang kemahuan Pengarah CEMACS. Selepas menandatangi sijil serah menyerah/menerima tugas dengan disaskikan oleh PKN 118 En. Saad, kami berdua keluar dari CEMACS mengikut staf KAJICUACA pada 0950H.


Sijil Penyerahan/Penerimaan tugas di antara PKN 20 Ahmad Rusli dan PKN 162 Abd. Manap



Selamat berpisah CEMACS, jumpa lagi!!

Selepas sampai ke jeti nelayan, aku dan En. Saad teruskan langkah ke motor masing-masing. Dan setelah bersalaman aku pun teruskan perjalanan aku ke destinasi dalam pemikiran aku iaitu, USM gelugor untuk ke klinik sejahtera, nak periksa sakit pinggang aku yang sudah seminggu aku tahan. Sampai di Pos Minden, singgah jap sebab member Zairul dan Abg. Aziz kat sana, sembang jap....nanti depa kata sombong pulak...hehehe.


Suasana di kawasan persekitaran Pos Minden


Lebih kurang 15 minit bersembang dengan mereka, aku pun bagi tau nak ke Klinik Sejahtera. Sampai di klinik terus je aku ke kaunter pendaftaran. Selepas mendaftar aku diberi dua no. satu 0076 dan satu 1027...No. 0076 tu periksa tekanan darah dulu, dan yang buat pemeriksaan tu member gak....Ibai....dia ni selalu ikut pelajar-pelajar Field Course di CEMACS, tu yang jadi member tu. Selepas mendapat pemeriksaan tu, aku pun ke tempat menunggu untuk berjumpa Doktor. Lama juga tunggu 1230H baru nombor aku dipanggil. 

Selepas mengetuk pintu aku pun masuk dan memberi salam. Doktor Norazlawati...peramah orangnya, dari cakap-cakap dia, aku pasti dia ni orang KELANTAN. Lama juga di dalam bilik dia, macam-macam dia tanya. seronok la kalau Doktor macam ni. Hihihi....selepas mendapatkan resit ubat aku sekali lagi bagi salam kat dia dan keluar dari biliknya.

Terus aku menghayunkan langkah kakiku ke kaunter pengambilan ubat. Sampai di kaunter aku terus mendapatkan nombor untuk ambil ubat. Tak lama menunggu, nombor aku dipanggil dan aku diberi ubat tahan sakit.

So, lepas ambil ubat aku pun terus menghala ke kantin KEMBARA, nak beli nasi bungkus laaaa...hehehehehe.....Selepas tu aku pun teruskan perjalanan aku ke Pos RST melalui jejantas tu...lama tak melintas jejantas tu...syok ler plak...hahahahaha.....

Sampai kat Pos RST, aku lihat Bro Wan Zamri bertugas hari ini...sempoi la lepak kat situ....so hingga setakat ni dulu....ya...bersambunggggg..........











No comments:

Post a Comment