Popular Posts

Monday, 2 April 2012

TUGASAN KERJA 03 APRIL 2012


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Salam sejahtera dan salam persahabatan kerana Allah s.w.t. Alhamdulillah dengan rahmat dan keberkatanNya, kita masih dapat menghirup udara segar bumiNya ini. 

"Ya Allah, engkaulah yang memimpin kami, maka ampunlah kami dan berilah kepada kami rahmat dan Engkaulah pemberi ampun yang sebaik-baiknya. Dan tetapkanlah (catatlah) untuk kami kebaikan di dunia dan di akhirat, sesungguhnya kami kembali bertaubat kepada-Mu."

Hari ini tugasan yang di arahkan oleh CSO, ialah pergi ke CEMACS untuk membuat penyerahan dan penerimaan tugas antara aku dengan PKN 162 Abd. Manap dengan disaksikan oleh PKN 118 Saad. Aku sampai di pekan Teluk Bahang 0800H, dan dalam perjalanan En. Saad telepon aku dan memberitahu dia tunggu di sebuah kedai mamak. 

Setibanya aku di kedai mamak tu, aku lihat En. Saad sedang berada di meja makan dengan segelas kopi tarik. Kami pun minum dan makan roti canai telur dan En. Saad memesan dua biji roti telur bungkus dan teh tarik dan kopi tarik katanya nak belanja 2 staf keselamatan kat CEMACS yg bertugas hari ini.

Tepat 0815H kami berdua bergegas ke jeti nelayan, dan selepas parking motor....dalam perjalanan dari jauh sudah kelihatan bot USM yg harga RM 600K tu sedang menunggu. Kami pun apalagi lajukan langkahan kami la....sampai je terus kami berdua menaiki bot...petugas bot hari ini Bro Manan, Anuar, Mail dan Faizol. Kelihatan juga PK 74 Mohd Yatim dan PKN 162 Manap dan ramai lagi staf CEMACS.


Suasana laut dan cuaca pagi di persekitaran CEMACS

Sampai di Pos Pengawal, aku mendapatkan EN. Manap dan menerangkan berkenaan kedatangan kami. So, selepas menerangkan segalanya dan En. Manap juga telah di panggil oleh Pengarah CEMACS kelmarin, dan dia pun telah diberikan penerangan serba sedikit tentang kemahuan Pengarah CEMACS. Selepas menandatangi sijil serah menyerah/menerima tugas dengan disaskikan oleh PKN 118 En. Saad, kami berdua keluar dari CEMACS mengikut staf KAJICUACA pada 0950H.


Sijil Penyerahan/Penerimaan tugas di antara PKN 20 Ahmad Rusli dan PKN 162 Abd. Manap



Selamat berpisah CEMACS, jumpa lagi!!

Selepas sampai ke jeti nelayan, aku dan En. Saad teruskan langkah ke motor masing-masing. Dan setelah bersalaman aku pun teruskan perjalanan aku ke destinasi dalam pemikiran aku iaitu, USM gelugor untuk ke klinik sejahtera, nak periksa sakit pinggang aku yang sudah seminggu aku tahan. Sampai di Pos Minden, singgah jap sebab member Zairul dan Abg. Aziz kat sana, sembang jap....nanti depa kata sombong pulak...hehehe.


Suasana di kawasan persekitaran Pos Minden


Lebih kurang 15 minit bersembang dengan mereka, aku pun bagi tau nak ke Klinik Sejahtera. Sampai di klinik terus je aku ke kaunter pendaftaran. Selepas mendaftar aku diberi dua no. satu 0076 dan satu 1027...No. 0076 tu periksa tekanan darah dulu, dan yang buat pemeriksaan tu member gak....Ibai....dia ni selalu ikut pelajar-pelajar Field Course di CEMACS, tu yang jadi member tu. Selepas mendapat pemeriksaan tu, aku pun ke tempat menunggu untuk berjumpa Doktor. Lama juga tunggu 1230H baru nombor aku dipanggil. 

Selepas mengetuk pintu aku pun masuk dan memberi salam. Doktor Norazlawati...peramah orangnya, dari cakap-cakap dia, aku pasti dia ni orang KELANTAN. Lama juga di dalam bilik dia, macam-macam dia tanya. seronok la kalau Doktor macam ni. Hihihi....selepas mendapatkan resit ubat aku sekali lagi bagi salam kat dia dan keluar dari biliknya.

Terus aku menghayunkan langkah kakiku ke kaunter pengambilan ubat. Sampai di kaunter aku terus mendapatkan nombor untuk ambil ubat. Tak lama menunggu, nombor aku dipanggil dan aku diberi ubat tahan sakit.

So, lepas ambil ubat aku pun terus menghala ke kantin KEMBARA, nak beli nasi bungkus laaaa...hehehehehe.....Selepas tu aku pun teruskan perjalanan aku ke Pos RST melalui jejantas tu...lama tak melintas jejantas tu...syok ler plak...hahahahaha.....

Sampai kat Pos RST, aku lihat Bro Wan Zamri bertugas hari ini...sempoi la lepak kat situ....so hingga setakat ni dulu....ya...bersambunggggg..........











Sunday, 1 April 2012

RUTIN KERJA 02 APRIL 2012



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Syukur alhamdulillah dengan rahmat dan keberkatan Allah s.w.t, kita masih dipersada ini, meneruskan kehidupan yang masih berbaki dengan melakukan segala perintah-perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Tazkirah:

PAHALA TAAT DI DUNIA

"Cukup menjadi balasan Allah atas ketaatanmu, jika Allah Redha' (rela) menjadikan engkau ahli taat/ibadat."

Taufiq dan hidayah yangdiberikan Allah kepada seorang hamba itu sebagai kurni yang sebesar-besarnya bagi seorang hamba, sebab dengan hidayat dan taufiq itulah seorang hamba dapat menerima nikmat edan bahagian dunia akhirat.

"Cukup sebagai pembalasan Allah pada orang-orang yang beramal, apa yang telah dibukakan oleh Allah dalam hati mereka dari kegemaran melakukan taat dan apa yang diberikan Allah kepada mereka yang berupa kesenangan berzikir, kepuasan berkhalwat, menyendiri dengan Allah."

Tidak ada suatu nikmat di dunia yang menyamai (menyerupai) nikmat syurga, kecuali nikmat yang dirasakan oleh ahli zikir dalam perasaan hati mereka daripada kelazatan berzikir di tengah malam.

"Siapa yang menyembah kepada Allah kerana menharap sesuatu, atau untuk menolak bahaya siksa atas dirinya, maka beliau menunaikan hak kewajipannya terhadap sifat-sifat Allah."

Allah telah menurunkan wahyu kepada Nabi Daud a.s. Sesungguhnya orang yang sangat Aku kasih kepadanya ialah yang beribadat bukan kerana upah pemberian, tetapi semata-mata kerana Aku berhak untuk disembah. Dalam kitab Zabur ada tersebut: Dan siapakah yang lebih kejam dari orang yang menyembahKu kerana syurga atau neraka, apakah andaikan Aku tidak membuat syurga dan neraka, tidak berhak untuk disembah.

Bersabda Nabi s.a.w.: Jangan berlaku sebagai seorang hamba yang busuk jika takut, lalu bekerja dan jangan berbuat sebagai buruh yang busuk jika tidak dibayar tidak bekerja.

Sebab sebenarnya pemberian Allah kepada hamba itu sudah lebih dari yang diharapkan iaitu hidupnya, nafasnya, pancainderanya dan kesihatannya dan lain-lainnya.

Abu Hazim berkata: Saya malu menyembah Allah kerana pahala, seperti buruh yang busuk jika tidak dibayar tidak bekerja atau menyembah kerana takut siksa seperti budak yang curang jika tidak takut siksa tidak bekerja, tetapi saya menyembah Allah kerana cinta kepadaNya.

Sufyan Astsaury minta nasihat dari Rabi'ah Al-Adawiah, maka berkata Rabi'ah: Engkau seorang yang baik, andaikan engkau tidak cinta kepada dunia.....

Wokeh, jadi hari ni adalah hari pertama aku melapor diri ke Unit Safety, incharge En. Muthu cuti, yang tinggal hanya Samad....

Semasa sampai tadi, selepas aku scan kad matrik, Ketua Pengarah pun sampai...so aku tabik kat dia...dan dia membalasnya dan senyum sambil berkata OK ka? Jawab aku ok selalu...hehehe

Selepas itu aku masuk ke Pejabat Pentadbiran, untuk mengisi borang OT...jadilaaa dapat 4 jam untuk bulan 3....hehehehe..rezeki jugak tuuuu!!

So, untuk selanjutnya aku pun masuk ke Unit Safety dan mengambil meja Samad untuk menyiapkan blog dan membaca e-mail.Bersambung....



NINE THINGS NEVER SAY TO YOUR BOSS


1. "I need a raise."

Never enter salary negotiations talking about what you need -- because of rising costs or a new expense, for instance. Your employer doesn't care about your financial problems. However, management probably does want to reward success and keep high-performing employees satisfied. A raise request should always be supported by evidence of what you've achieved for the company -- along with information about what people with your responsibilities typically earn.

2. “That just isn’t possible.”

Always speak to your boss in terms of what can be done. For instance, rather than saying “We can’t get this done by Friday,” say “We could definitely get this done by Monday, or if we brought in some freelance help, we could meet the Friday deadline.” When you talk to your boss, think in terms of solving problems for her, not in terms of putting problems on her plate. 

3. “I can’t stand working with ____.”

Complaining about a coworker's personality usually reflects more poorly on you than on the coworker. Don’t make these kinds of conflicts your boss’s problem. Of course, management is interested in problems that jeopardize the company's ability to function. If you have to speak to HR about a problem such as a colleague's threatening, illegal or unethical behavior, keep your tone professional and the focus on work -- not personal issues. 

4. “I partied too hard last night -- I'm so hung over!” 

Buck up and get through the day with some ibuprofen, extra undereye concealer and coffee. But don’t share the sordid details of your night on the town with your boss. Even if you have a friendly relationship, he’s just as likely to react with (unspoken) disdain as sympathy. Maintaining a solid veneer of professionalism will pay off when it's time to discuss promotions. 

5. “But I emailed you about that last week.”

Alerting your boss to a problem via email doesn't absolve you of all responsibility for it. Bosses hate the "out of my outbox, out of my mind" attitude. Keep tabs on all critical issues you know about -- and keep checking in until you hear a firm "You don't need to worry about that anymore."

6. “It’s not my fault.” 

Are you a whiny 8-year-old or a take-charge professional? Assume responsibility and take steps to fix a problem that you did, in fact, create. And if you are being wrongly blamed for a problem, saying “Let’s get to the bottom of this” or “What can we do to make it right?” is much more effective than saying “It’s not my fault.”

7. "I don't know.” 

If your boss asks you a question you can’t answer, the correct response is not "I don't know." It's "I'll find out right away." 

8. “But we've always done it this way." 

You may find yourself with a new boss who wants to try new things -- and the best way to present yourself as a workplace relic is to meet change with a "we do it this way because this is the way we do it" attitude. When a brainstorming session takes place, be part of it and stay open to new ideas. If you have concerns about a new idea's feasibility, say "I think for this to work, we will have to…" Don't kill new ideas with negativity. 

9. “Let me set you up with...” 

Avoid the urge to play matchmaker for your single boss. The potential risk far outweighs any potential benefit. In modern workplaces, hierarchical structures are often less rigid, and bosses will often end up in semisocial situations with their direct reports. Smart workers will draw the line at "oversharing" -- definitely something to keep in mind if you're connecting to your company's managers on social networks like Facebook.

Saturday, 31 March 2012

PERMULAAN HIDUP BARU


Assalamualaikum dan salam sejahtera....,

Alhamdulillah dengan Rahmat dan Keberkatan Allah s.w.t, masih kita di dalam kasih sayangNya. Dan dari itu usahlah kita persiakan kasih sayang Allah s.w.t., marilah bersama kita melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Perbanyakkanlah amalan yang akan menjamin kesejahteraan KITA di akhirat nanti.

"Tiada daya upaya dan kekuatan kami, melainkan dengan perlindungan dan pertolongan Allah s.w.t, Tuhan Maha Agong Lagi Maha Tinggi."

Oh ya, semalam 302300H Mac 2012 bermulalah penampilan pertama aku sebagai Penyelia di Unit Safety di Jabatan Keselamatan, Universiti Sains Malaysia. Penampilan aku semalam adalah membantu dan belajar bagaimana mengendalikan 'Fire-Drill' yang menjadi amalan USM untuk mendedahkan pelajar-pelajar dan juga staf-staf USM di dalam menghadapi bencana KEBAKARAN dan juga bahaya-bahaya lain melibatkan kehilangan nyawa. Aku membantu Penyelia Kanan En. Muthu dan juga saudara Samat anak buahnya.

Aku diberi tanggungjawab untuk memberi taklimat dan juga penerangan tentang bahayanya kebakaran dan juga langkah-langkah mencegah serta cara-cara untuk menyelamatkan diri. Aku diberikan contoh bagaimana nak beri penerangan oleh En. Muthu.

TAKLIMAT KAWAD KEBAKARAN

Assalamualaikum dan selamat malam/pagi, kepada tuan-tuan dan puan-puan. Saya Penyelia Unit Safety, Jabatan Keselamatan AHMAD RUSLI BIN OMAR serta staf-staf Jabatan Keselamatan yang terlibat dalam latihan ini, ingin memberi sedikit penerangan dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani latihan ini. Tujuan utama adalah untuk mengosongkan bangunan semasa kebakaran, gempabumi atau sebagainya.

Pertama sekali apabila loceng kebakaran, wisel atau siren dibunyikan. tindakan yang perlu tuan-tuan dan puan-puan/pelajar lakukan:

a)  Ketua Blok dan Ketua Aras akan mengambil tindakan mengarahkan penghuni-penghuni supaya 
     mengosongkan bangunan dan bergegas ke tempat perhimpunan di samping mambantu OKU   
     sekiranya  ada.
b)  Semasa hendak meninggalkan bilik atau pejabat pastikan semua suis peralatan elektrik di 
      matikan.
c)  Semasa di tempat perhimpunan Ketua Aras akan memastikan bilangan penghuni arasnya cukup 
     atau tidak dan membuat laporan kepada Ketua Blok. 
d)  Ketua Blok akan membuat laporan kepada Ketua Pengawal Keselamatan yang bertugas di tapak 
     latihan setelah mendapat laporan dari semua ketua-ketua aras bangunan yang terlibat.
e)  Pastikan tuan-tuan dan puan-puan/pelajar mendengar arahan dari Pengawal Keselamatan yang 
     ditugaskan disetiap aras dan dalam bangunan.
     i)   Jangan menggunakan lif semasa terjadi kebakaran, gempa bumi ataupun latihan, gunakan 
          tangga yang berdekatan.
     ii)  Semasa anda berada di tempat perhimpunan, jangan sesekali anda berpatahbalik untuk 
          mengambil barang-barang yang tertinggal, utamakan NYAWA anda.
     iii) Dan sekiranya ada kebakaran kecil berlaku di tempat anda, sila gunakan Alat Pemadam Api 
          yang bersesuaian, dan jangan lupa menghubungi Jabatan Keselamatan.

f)  Hubungi Jabatan Keselamatan di talian 04-563 4333/4334 hotline 04-657 9730, sekiranya terdapat 
    terdapat sebarang masalah mengenai KEBAKARAN, KECEMASAN DAN KESELAMATAN.

Untuk pelajar-pelajar luar negara:

Assalamualaikum for the muslim and Hai for those non muslim. Good night/morning to all of you. Firstly I would like to congratulate all of you for the cooperation in this 'Fire-Drill'. I would like to introduce, I am AHMAD RUSLI BIN OMAR from Safety Unit in Security Department and with me staf from Security Department, Safety and Health Unit and Developement Department. 

Main target of this 'Fire-Drill, is to EMPTY THE BUILDING when in fire, earthquake and others. What you should do is, when you heard bell, wisel or siren being active, action to be taken is:

a)  Incharge of the building and Level Incharge, are suppose to ask all of your people to empty the 
    building and run to Assembly point. In the same time if got Disable People, they have to help them.
b)  Please to make sure that all electric component, lamp and fan are switch OFF.
c)  At the assembly point, all the level incharge have to count all the people of the level and report the 
     sum to  Block Incharge.
d)  Block Incharge should report to Security Officer on duty upon receiving the sum report from Level 
     Incharge.
e)  Makesure all of you, always follow the instruction from our Security Personnel on duty inside the 
     building and at the level.
     i)   Do not use LIFT while on fire, earthquake or 'Fire-Drill'. Always use stair nearby and makesure 
          no rush.
     ii)  While you are in assembly point or out of the building, all of you are not suppose to go back to 
          the building for any reason because, always bare in your mind....LIVE IS MOST IMPORTANT 
          THAN OTHERS. 
     iii)  If your building or level, got small fire try to cure by your self and friends by using Fire-
          extinguisher that palce at every level in the building and don't forget to inform Security 
           Department.
f)  Contact Security Department in case of FIRE, SECURITY AND 1ST AID.  Contact no. 04-650 4333/4334 and Hotline 04-6579730.

Fuhhh!! tu baru taklimat....hehehe...so tepat 2300H kami semua berkumpul dalam bilik taklimat untuk mendengar taklimat dari En. Muthu Penyelia Unit Safety. Selepas taklimat lebih kurang 30 minit kami semua di jemput untuk menjamu selera sebelum ke tempat Latihan.

Kami semua berada di tempat Latihan 5 minit sebelum latihan dijalankan. Dan bangunan pertama yang kami tetapkan adalah bangunan H35 (Rumah Antarabangsa).



Sebahagian penghuni Rumah Antarabangsa (H35) di tempat perhimpunan. Masa yang diambil 6 minit untuk keluar dari bangunan. Dr Ros (Pentadbir Blok) juga memberi sedikit penerangan kepada semua penghuni-penghuni.




Suasana di tempat perhimpunan semasa latihan di asrama Harapan berdekatan dengan Tasik. Prof Hamdan juga berada di sana. Masa yang diambil untuk keluar dari bangunan 6 minit. Tahniah diucapkan.



Ini gambaran suasana latihan di Kompleks RST...blok M03. Ketua blok dan ketua Tingkat memainkan peranan yang dipertanggungjawabkan dengan cukup baik sekali. Tahniah kami ucapkan. Dan pada penghuni-penghuni diingatkan sekiranya berlaku kebakaran atau gempabumi sebenar tempat perhimpunan adalah di padang kawad USM. Ini kerana suasana persekitaran RST tidak sesuai kerana blok-blok penginapan terlalu dekat. Masa yang di ambil untuk berkumpul dan keluar dari bangunan 8 minit dan dinasihatkan agar di latihan akan datang dipertingkatkan....Masa sebenar 3 minit. Tahniah juga diucapkan atas kerjasama yang diberikan.


Bangunan terakhir kami lakukan latihan adalah blok M03....dan penghuni-penghuni di sini mengambil masa selama 5 minit untuk mengosongkan bangunan. Masa yang terbaik di antara keseluruhan latihan dilakukan. Tahniah diucapkan.

Setelah selesai kami semua balik ke Jabatan Keselamatan dan ada diantara staf terus balik ke rumah masing-masing. Ribuan terimakasih kami ucapkan kepada yang terlibat dalam latihan ini. Terutama sekali pada Staf Keselamatan, unit Trafik dan syif, juga kepada staf UKKPU dan staf Jabatan Pembangunan.

Tamat lahitan sepenuhnya 0300H. Semuga diberkati dan dirahmati Allah akan usaha-usaha kami ini.

Wassalam......


Wednesday, 28 March 2012

RUTIN KERJA 29 MAC 2012- HARI TERAKHIR DI CEMACS

Assalamualaikum,

Salam sejahtera buat semua sahabat-sahabat ku sekalian. Semoga kita semua tetap dipayungi rahmat dan keberkatanNya. Seandainya ada di antara kita, melalui jalan buntu dalam kehidupan zaman ini, kembalilah pada jalan Allah, itulah penyelesaian terbaik, kita sebagai MAKHLUKNYA.

Ya Allah, Tuhan kami, bahawasanya kami bermohon kepada-Mu akan jalan-jalan yang memudahkan kami mendapat rahmat dan keampunan-Mu, dan keselamatan dari tiap-tiap dosa, dan keuntungan tiap-tiap kebajikan, dan kemenangan dengan syurga dan keselamatan daripada neraka. Ya Allah, Tuhan kami, janganlah dibiarkan bagi kami sesuatu dosa melainkan Engkau hapuskan; dan tiada kesukaran melainkan Engkau lapangkan, dan tiada seorang sakit melainkan Engkau sembuhkan; dan tiada seseorang seteru melainkan Engkau kecewakan; dan tiada seseorang jahil melainkan Engkau ajarkan; dan tiada sesuatu hajat melainkan Engkau tunaikan demi rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha luas rahmat dan belas kasihan-Nya.


PONDOK KESELAMATAN CEMACS

Inilah Pondok keselamatan yang menjadi tempat pertapaan aku lebih kurang 5 tahun berada di sini. Selama tempoh berada di sini berbagai kenangan yang akan ku bawa bersama ke dalam kehidupan aku seterusnya. 

Di sinilah aku mengenali diriku, SIAPA AKU? UNTUK APAKAH AKU DIWUJUDKAN DI DUNIA INI? KITA NI HAK SIAPA? Alhamdulillah, terimakasih Ya Allah segala yang Engkau anugerahkan pada hambamu ini, adalah semata-mata ujian bagi kami untuk lebih mendekati-Mu. Aku redha dengan segala ketentuan-Mu. Tiada daya upaya dan kekuatan kami melainkan dengan izin-Mu Ya Allah.

Aku tiada rasa kesedihan menyelubungi, namun diganti dengan rasa sentiasa dekat walaupun akan berpisah. Persahabatan yang terjalin selama 5 tahun bersama sahabat-sahabat di sini menjadikan aku sentiasa dekat dengan mereka. Manakan tidak, melalui internet je, persahabatan akan berkekalan, insya'Allah.

Terimakasih aku ucapkan kepada sahabat-sahabat dari Jabatan Keselamatan PK 15 Jamil, PK 72 Mohd Yatim, PK 111 Sukor dan PK 74 Mohd Azlan dan seluruh staf cemacs dari peringkat atas hinggalah ke akar umbi yang memberi sokongan dan dorongan. Ampun dan maaf seandainya selama aku bersama kalian ada kata-kata atau pun perbuatan aku yang menyentuh hati sahabat-sahabat. Maafkan aku....dan halalkanlah makan dan minum aku selama kita bersahabat. Aku doakan semoga rahmat Allah sentiasa memayungi kehidupan kita semua wahai sahabat-sahabat sekalian.

Kekalkanlah persahabatan kerana Allah, kerana melalui jalan itulah saja yang dapat mengeratkan kita dan mengerti persahabatan kerana Allah. Lupakanlah segala sengketa, kita semua makhluknya tiada lebihnya kita, Ingat selalu dalam hati dari Allah kami didatangkan dan kepada Allah juga kita akan dikembalikan. Di sana kita semua sama, cuma amalan saja membezakan kita. Allah tak lihat Darjat, Pangkat, Harta dan solat kita, tapi Allah melihat keikhlasan hati kita padaNya. Subhanallah!!

Jadi marilah kita mengambil kesempatan ini untuk saling bermaafan di atas segala sengketa yang pernah wujud di antara kita semua samada secara sedar atau pun tidak. Selalulah mendoakan agar segala yang kita perlakukan adalah kerana Allah, rahmat disebaliknya. Alhamdulillah!!

Bersaudaralah kita kerana Allah...Takbirr!!

Dan untuk Jabatan Keselamatan, ribuan terimakasih aku ucapkan kerana memberi peluang kepada aku untuk meneruskan kerjaya aku demi untuk memertabatkan Jabatan Keselamatan di mata UMUM. Pada aku semua staf Jabatan Keselamatan patut diberi peluang untuk menjadi yang terbaik dalam keseluruhan IPTA. Terbaik dari semua aspek, sistematik dan juga AKHLAK. So tunggu kedatangan aku ke daerah sahabat-sahabat yang di sana ya (USM Induk). Kita berganding bahu demi untuk kesejahteraan DUNIA DAN AKHIRAT.....Insya'Allah.

Jumpa kita di sana ya sahabat-sahabatku, dan selamat tinggal sahabat-sahabatku yang di CEMACS ni, jumpa lagi.....Insya'Allah...........


Inilah kedamaian sebenar selama 5 tahun aku disini. Alhamdulillah..


Subhanallah, sungguh cantik ciptaan-Mu Ya Allah..


Selamat tinggal CEMACS kenangan bersamamu, menyedarkan aku betapa HINAnya aku di mata Allah. Namun aku bersyukur segalanya mudah pabila segala urusan kita di serahkan kepada Allah s.w..t. Subhanallah!!


Selamat tinggal Taman Negara dan juga staf-stafnya. Terimakasih di atas kelonggaran dan kerjasama yang diberikan kepada semua Pengawal Keselamatan yang sering berulang-alik di dalam Daerah Tuan.



Terimakasih PUZ dan sahabat-sahabat yang menjadi pengusaha bot pelancongan. Maaf andainya ada salah dan silap semasa kita bersahabat.


Kepada Mamu 'n' Mama, terimakasih di atas layanan yang diberikan kepada aku. Sejahteralah atas kalian dengan rahmat Allah. jumpa lagi Mamu....Mami....sempoiii!!Takbirr!!

Dan kepada seluruh penduduk Teluk Bahang terimakasih kerana selama ini membenarkan aku menjelajahi DAERAH kalian dengan tanpa merasa kesulitan.


 Jumpa lagi ya....Assalamualaikum!! 














Tuesday, 27 March 2012

RUTIN KERJA 28 MAC 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera...juga selamat pagi.....

Apa khabar sahabat-sahabatku? Harapan dan doaku, semoga semuanya sentiasa dipayungi Rahmat dan Kesejahteraan Allah s.w.t.

Belajarlah mengenali diri seandainya sudah tersalah jalan, hanya itu sahaja yang dapat membawa kita kembali ke jalan Allah. Tiada daya upaya dan kekuatan, melainkan dengan izin Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t.:

"Patutkah kamu menyangka Kami hanya menciptakan kamu (daripada tiada kepada ada) tanpa sebarang hikmah pada ciptaan itu? Dan kamu menyangka pula tidak akan dikembalikan kepada Kami? (Wahai) Maha Tinggi Allah yang menguasai seluruh alam buana, yang mutlak benar tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy (kekuasaan) yang mulia. Siapa menyembah Tuhan yang lain bersama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, balasan amalnya yang jahat itu disediakan di sisi Tuhannya. Orang kafir tidak akan berjaya. dan berdoalah: "Wahai Tuhanku, ampunkanlah (daku) dan kurniakan rahmat (kepadaku). Memang Engkaulah sahaja sebaik-baik pemberi Rahmat." (Surah Al-Mu'minun: 23: 115-118)

Info kesihatan:

Pokok Selaput Tunggul
Daun ni selalu kita nampak kat kebun2, hidup menjalar dipagar ataupun ditunggul2 mati, tu pasai depa panggil Pokok Selaput Tunggul, apa yang saya nak habaq ialah kegunaannya. Kalau hanpa luka kecik2 kat kebun ,janganlah penik. 
Ambik aja empat lima helai daun selaput tunggul, kemudian hanpa upaqlah kat tangan, bila dah hancoq tampallah kat tempat yang luka tu, Insha Allah darah akan berhenti.




http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Ftokpengulu.blogspot.com%2F2011%2F04%2Fpokok-selaput-tunggul.html%23ixzz1qNLitahi&h=0AQFET1MF

Ok sahabat-sahabat, cerita aku hari ni, tak lah sempoi sangat cuma rutin macam biasa je. Cuma rini keluar rumah awal sikit...sebab nak pergi maybank, nak buat deposit cek yang aku ambil kat PUZ kelmarin. Jap je dah settle, aku pun meneruskan perjalanan aku ke destinasi yang dalam kotak fikiran aku....mana lagi CEMACS la tempat aku ditugaskan.

Di pertengahan jalan, tiba kat Warung Roti canai Pak Ku, aku singgah jap nak beli roti canai....menu pilihan aku hari ni. Sempat juga bersembang dengan Pak Ku dalam menunggu anaknya membungkus rati yang aku pesan tu. Lepas tu aku terus menghalakan perjalanan aku ke Teluk Bahang.

Sampai kat pekan Teluk Bahang 0805H dan aku teruskan perjalanan ke gerai nasi lemak makcik yang selalu aku beli nasi kucing tu. Tak dak rezeki hari ni, dia tak buka. So, aku menghala terus ke LKIM nak parking motor, haaa...selepas memastikan segalanya dalam keadaan selamat aku pun menghayun langkah kakiku ke warung Pup 'n' Mum, nak beli nasi lemak dua bungkus nak bagi kat kucing-kucing dalam CEMACS.

Sempat juga la aku sembang dengan Mamu 'n' Mami....rancak sekali bila bersembang bab politik dengan depa ni.  Lepas mendapatkan nasi lemak tu aku sempat lagi mengambil seketul pulut seri muka...jamah kat tu juga, sebab teringin sangat...hahahahaha.

Aku ucap salam kat Mamu 'n' Mami sebelum meninggalkan warung mereka, aku hayunkan langkah kakiku ke jeti nelayan...nak naik bot laaaa....

Dari jauh, kelihatan bot sudah menunggu, aku percepatkan sedikit langkah kakiku. Tiba di tempat menunggu bot....kat situ ada Bro Iman, En. Wan dan beberapa lagi staf CEMACS dok sembang lagi. Bot mai dah, aku sapa depa....HAI MOGOK KA RINI?...hehehehe...EN. Wan Jawab....haaa Mogok...

Aku terus naik bot...Petugas bot rini...Bro Anuar, Mail dan Faizol....dan atas bot sudah ada Pegawai Tesdec dan pelajar perempuan (cina). Lepas tu barulah staf2 yang lain menaiki bot.

Selepas 7 minit meninggalkan jeti nelayan, kami pun merapat ke jeti USM. Ku hayuh langkah terus ke Pos Keselamatan, sebab semasa dalam perjalanan tadi PK 74 Azlan sms bagi tau dia lambat sikit. So aku akan berada di Pos Kelesamatan hari ini.....hehehehehe....

 

Dalam pos ni lah pertapaan aku hari ni. Well....i like...hehe

Staf UKKPU, incharge Bro Amran (Jabatan Keselamatan) x-navy dengan 2 orang anak buahnya masuk ke CEMACS ETA1015H. Mereka masuk untuk pemeriksaan makmal. Mereka keluar dari CEMACS ETD1300H.


Kasut ni ambil di stor kelmarin petang, alhamdulillah..


























RUTIN KERJA 27 MAC 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kalian semua sahabat2ku.

Alhamdulillah dengan limpah kurnia nikmatnya, kita masih dapat berhubung di ruangan ini adalah menunjukkan betapa kasihNya Allah pada kita.

Namun kita sebagai makhlukNya perlulah membalasnya dengan patuhi segala perintahNya dan bersegera meninggalkan segala laranganNya. Dunia hanya sementara, Akhiratlah kekalnya. Marilah bersama kita mengenal akan diri kita. SIAPA KITA DI SISI ALLAH? Smoga kita semua masih berkekalan dalam kasih sayang Allah sehingga kita dipanggilNya.


Saya petik:
Jangan berputus asa dan putus harapan untuk hidup sekiranya disahkan oleh pakar perubatan bahawa anda mengidap kanser payudara atau apa-apa penyakit berkenaan kanser kerana ada penyakit ada penawarnya. Berita baik untuk pesakit kanser yang kronik pada peringkat 3 dan 4. Selalunya bila disahkan oleh pakar perubatan pada tahap ini. Sudah dianggap terlambat untuk diubati lagi. Pesakit hanya akan diberitahu oleh doktor berapa lama jangka hayat pesakit itu boleh hidup sahaja.

Sila sebarkan kepada ahli keluarga atau kawan-kawan tentang pokok Belalai Gajah ini. InsyaAllah ada yang sembuh dari pemakanannya. Tengok laporan tentang penyembuhan penyakit kanser ini dan cara untuk makan daunnya.

Sehat dan sakit seseorang itu adalah ketentuan ilahi. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan seeorang itu jika hambaNya berusaha untuk mencari penawarnya yang dianugerahkan kepada kita diatas muka bumi ini. Pokok ini hanya sebab musabab untuk menyembuh penyakit sahaja.

Sekian . Wasallam........http://duniacacamarba.blogspot.com/2011/04/belalai-gajahsabah-snake-grass-terbukti.html
Sedikit info untuk kebaikan bersama...Insya'Allah....

Cerita hari ni, dengan Bismilahirohmanirohim, tiada daya upaya dan kekuatanku melainkan dengan izin Allah....aku memulakan perjalanan hidupku hari ini. Tujuan dan destinasi yang dalam ingatanku hari ini, adalah untuk menyelesaikan masalah berkenaan cek IPTA anugerah PUZ kepada anak-anak kita sekiranya memasuki mana-mana IPTA...dibawah Jabatan kerajaan Negeri. Alhamdulillah anak aku dapat, tapi disebabkan tersalah alamat.....ianya menjadi sedikit rumit.....namun itu semua UJIAN Allah...redha dengan ketentuanNya. Hari ini buktinya, segalanya selesai dengan cukup sempurna sekali......Aaminnn..Ya Allah..

Bergembira Atas Taat Krana Allah.........

"Jangan merasa gembira atas perbuatan taat (bakti) kerana engkau merasa telah dapat melaksanakannya, tetapi bergembiralah atas perbuatan taat itu, kerani sebagai kurnia taufiq, hidayat dari Allah kepadamu.

Katakanlah: Kerana merasa mendapat kurnia dan rahmat Allah mereka harus gembira. Itulah yang lebih baik daripada yang dapat mereka kumpulkan. (Yunus: 58)......".

Selesai urusan di kaunter PUZ, aku keluar lalu mencari kedai Makanan yg aku singgah bersarapan hari tu. Woww!! Hari ni ramai yang sedang bersarapan....aku terus ke dapur roti canai dan memesan roti canai telur sebiji......teringin sangat la plak....hehehehehe...Terus masuk mencari kat mana sesuai untuk duduk menikmati habuan pagi ni dengan keadaan kerana Allah. Segalanya beres seperti yang pinta.

Selepas smoke...hehehe...dan selepas membayar duit di kaunter, aku memulakan perjalanan aku seterusnya ke USM, gelugor. Tiba dalam USM 1030H melalui pintu Batu Uban dan masa masuk tu, pengawal bertugas hari ini.....member rapat Rosdi dan nama panggilan "sarjan"....hehe .

Aku ucapkan salam kepada member-member aku tu, dan meneruskan perjalanan aku ke arah Jabatan Keselamatan...untuk mengambil kasut KERJA di stor Bro Zul. Alhamdulillah sampai je di belakang bangunan Jabatan, kelihatan Bro Zul dan beberapa staf USM Jabatan Keselamatan sedang bersembang....ada Tn Helmi, KP Zul (Transkrian), Pak Ya, Yuni dan Pak Mentua Yuni.

Lebih kurang 30 minit menunggu, Bro Zul pun membuka stor simpanan kasut Jabatan Keselamatan, dan dia bagi pada aku 2 pasang. Selepas menandatangani borang stor....aku pun terus mendapatkan motor aku dan bercadang nak pergi ke Pos Batu uban, mencari ketenangan dan bertukar fikiran dengan petugas pos Batu Uban. Aku berasa cukup tenang dengan berada bersama member-member yang dah lama tak duduk berbual. Sempoiii!! Aku bertapa kat Pos Batu Uban, hingga 1700H. Nak pi Mana? Balik umah laaa.....hehehehe jumpa lagi ya dgn izin Allah.......wassalam...


Pemandangan kawasan rehat dan rawat atas bukit Jalan Tun Sardon...(pemandangan indah)


Pandangan dari sudut kiri Pemandangan Indah


Pandangan dari sudut kanan Pemandangan Indah


Jalan menurun bukit ke Relau Dan Bukit Jambul dari pertengahan jalan Pemandangan Indah